Sunday, November 18, 2012

Peristiwa semasa 'percutian'

Peristiwa pertamaku..

Lepas balik kenduri su.. aku sakit perut.. asyik pergi tandas je.. tapi masih terkawal.. makan je mesti pergi tandas..

Besok ye masa turun makan tengahari.. dapur tengah 'cuci' lak.. jadi kami makan roti je.. aku ingat perut leh terima.. mula okey je.. masa pergi Berjaya aku macam tak de mood je.. sebab perut lapar.. jadi kami singgah makan nasi kukus ayam goreng berempah.. besar sungguh ayam tu.. aku makan banyak gak sebab lapar..

sampai hotel aku dah rasa lain macam.. masuk ke bilik.. lepak atas katil jap.. lepas tu muntah & muntah.. muntah.. malam tu lak wati ajak makan kat luar.. suamiku ajak gak pergi sebab nak jumpa sepupu dia.. dalam tak rela aku pun ikut gak..

masa kat kedai sekali lagi aku muntah.. dah la tak tau kat mana tandas.. jadi ye aku mujtah kat belakang kedai tu lepas tu baru lah mnasuk tandas.. huhu..

Lepas aku minum air eno halia.. makan sikit aku dah tak lalu makan.. aku cakap aku nak rehat dalam kereta je lah.. dalam perjalanan ke kereta aku muntah lagi.. ada ke patut aisyah leh ketawa terkedek.. suka ye ibu dah lembik asyik muntah je..

Balik hotel terus tidor.. anak suamiku uruskan.. besok sarapan makan bubur je.. huhu.. sedih dok hotel tapi kena  makan bubur.. sedih..

Peristiwa kedua.. 

Dalam perjalanan pulang ke Ipoh.. kami ikut jalan geting highlands.. Pening ye kepala aku.. turun geting sampai Tanjung Malim.. aku muntah lagi.. banyak kali gak muntah sampai habis isi perut aku yang tak seberapa tu.. huhu..

Lepas tu aku terus tidor gara-gara makan ubat.. Aisyah pun tidor gak.. alhamdullilah.. aku pelik gak kenapa tak sampai-sampai lagi highway Utara selatan..

rupa-rupa ye suamiku dah tak tau kami kat mana.. konon nak ikut shortcut.. tapi jadi long cut adalah.. dah nak dekat magrib kot.. rumah orang pun tak berapa nak ada.. yang banyak bangunan tak digunakan.. sungguh seram..

Akhir ye jumpa gak jalan ke highway... alhamdullilah.. yang pasti kami bukan ke arah UTARA  tapi ke SELATAN.. sepatutnya kami exit Tanjung Malim tapi  kami exit BUKIT BERUNTUNG..  Tanjung Malim lagi 25 km..

Apa pun yang terjadi.. alhamdullilah kami selamat sampai rumah dalam pukul 10 malam.. lepas tu aku muntah dan muntah lagi.. lepas makan ubat terus tidur sampai besok pagi.. nasib baik aisyah tak meragam..




No comments: