PERANCANG KELUARGA
Proses
ovulasi
Telur
yang dikeluarkan ovari menjadi matang setiap bulan. Pada pertengahan kitaran
tersebut, iaitu lebih kurang 14 hari selepas hari pertama haid datang, telur ini
dilepaskan. Proses ini dinamakan ovulasi. Hormon yang bertanggung-jawab dalam
proses ini ialah FSH, LH, estrogen dan progesteron. Telur ini akan melalui tiub
Fallopian dan di sini ia akan disenyawakan dengan sperma lelaki.
Pada
masa yang sama, berlaku dua perubahan :
|
Mukus
di sekeliling serviks menjadi nipis dan cair. Ini memudahkan sperma memasuki
rahim dan sampai ke telur
|
|
|
Lapisan
rahim menjadi lebih tebal. Ini supaya ia dapat menerima dan menyuburkan
telur yang disenyawakan.
|
Sekiranya
persenyawaan berlaku, telur akan berkembang menjadi janin. Sekiranya
persenyawaan tidak berlaku, lapisan rahim yang tebal tersebut akan digugurkan.
Proses inilah yang dinamakan haid atau datang bulan.
Pil
perancang
Cara
ini adalah yang paling mudah dan popular untuk merancang keluarga. Peratus
kejayaannya bolehlah dikatakan 99%. Pil perancang mengandungi hormon sintetik
yang menyerupai hormon-hormon yang dikeluarkan oleh badan :
|
Estrogen
dan progestogen – seperti Nordette, Microgynon, Gynera, Marvelon, Minulet,
Mercilon
|
|
|
Progestogen
– jenama Noriday.
|
Jenis
kedua (Noriday) kurang efektif tetapi sesuai untuk yang menyusukan anak. Ia
sesuai juga untuk orang yang alahan dengan estrogen.
Kandungan
hormon sintetik ini yang tinggi di dalam badan menyebabkan pengeluaran hormon
FSH dan LH berkurangan. Akibatnya ovari tidak dirangsang dan telur tidak
dikeluarkan. Oleh itu persenyawaan tidak boleh berlaku. Mukus di sekitar serviks
pula menjadi pekat dan ini menyebabkann sperma sukar untuk memasuki rahim.
Bagaimanapun
ada
kesan-kesan
sampingan pengambilan pil
perancang :
|
Saluran
darah tersumbat – lebih ketara kepada orang yang merokok dan mempunyai
darah jenis A
|
|
|
Pening
dan mual
|
|
|
Migraine
|
|
|
Muntah
dan masalah-masalah perut
|
|
|
“Fluid
retention” – cecair badan susah dibuang dari badan
|
|
|
Sakit
kepala
|
|
|
Buah
dada menjadi tegang
|
|
|
Tekanan
(depression)
|
|
|
Tekanan
darah naik
|
|
|
Turun
atau naik berat badan
|
Selain
daripada dapat mencegah kehamilan, pil perancang juga memberikan kesan-kesan
baik yang lain :
|
Pengeluaran
darah haid berkurangan – ini membantu mengawal anaemia (kurang darah)
|
|
|
Peredaran
haid lebih teratur
|
|
|
Mengurangkan
sakit semasa kedatangan haid
|
|
|
Mengurangkan
risiko PID – Pelvic Inflammatory Disease
|
|
|
Mengurangkan
masalah jerawat (terutamanya jenama Diane-35)
|
|
|
Mengurangkan
risiko barah buah dada dan uterus
|
|
|
Mengurangkan
risiko hamil luar rahim
|
|
|
Untuk
yang berusia lanjut : hormon ini boleh melambatkan penuaan kulit,
mengekalkan nafsu seks dan mengawal kekeringan vagina. Ia juga boleh
mengawal pereputan tulang (osteoporosis)
|
Peringatan
:
|
Ambil
pada masa yang sama setiap hari
|
|
|
Ketahui
apa yang perlu dibuat sekiranya terlupa mengambilnya, atau sekiranya kali
pertama anda ingin mengambilnya
|
|
|
Sesetengah
anti-biotik tidak boleh diambil bersama-sama kerana antibiotik tersebut akan
mengurangkan keberkesanan hormon seperti estrogen, jadi akan ada risiko
kehamilan
|
|
|
Jenis
yang lebih baru seperti Minulet, Mercilon, Gynera dan Marvelon menyebabkan
kurang kesan sampingan berbanding dengan yang lama
|
|
|
Sekiranya
anda ada tekanan darah tinggi, kencing manis, migrain dan sawan anda tidak
digalakkan mengambil pil perancang
|
|
|
Pil
perancang tidak memberi perlindungan terhadap penyakit seperti AIDS
|
|
|
Merokok
semasa mengambil pil perancang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit
jantung.
|
Cara-cara
lain perancang keluarga
1.
Condom
2.
Secara semulajadi
Anda boleh mengamalkan cara ini
iaitu dengan melakukan hubungan kelamin semasa anda tidak subur sahaja.
Bagaimanapun peratus kejayaannya hanyalah 70% hingga 80%. Anda boleh menentukan
waktu subur anda dengan cara-cara berikut:
|
Kira
waktu ovulasi (pengeluaran telur). Biasanya ia terjadi 14 hari selepas hari
pertama haid
|
|
|
Mengambil
suhu badan. Suhu badan anda, periksa waktu pagi, meningkat pada permulaan
ovulasi
|
|
|
Melihat
mukus faraj anda. Ia menjadi jernih dan nipis semasa ovulasi.
|
3.
Diafragma dan Kep Servikal (Diaphragm and Surgical Cap)
Kaedah ini menghalang sperma
memasuki serviks, jadi ia tidak akan bertemu dengan telur yang dikeluarkan.
4.
Spermasid
Bahan ini membunuh
sperma.
5.
Alat Kontraseptif dalam Rahim (Intra-Uterine Device, IUD)
Terdapat dua jenis
IUD. Satu mengandungi kuprum dan yang satu lagi melepaskan hormon wanita.
Pemasangannya tidak begitu menyelesakan dan ada kemungkinan berlaku jangkitan
inflamasi pelvis.
6.
Ligasi Tiub (Tubal Ligation)
Tiub Fallopian
ditutup atau diputuskan.
7.
Vasektomi (Pemandulan lelaki)
Saluran yang
menyalurkan sperma lelaki diputuskan atau ditutup.
8.
Norplant
Satu set tiub kecil dipasang di dalam lengan, di bawah kulit. Ia melepaskan
hormon yang mencegah telur menjadi matang. Kaedah ini tidak sesuai untuk semua
wanita.
No comments:
Post a Comment