Tuesday, November 27, 2012

Info kesihatan

PAP SMEAR.


Ujian Pap Smear

Ujian PAP, juga dikenali sebagai PAP Smear, merupakan satu cara untuk memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan dan perubahan pra-malignan dalam serviks.

BAGAIMANA IA DILAKUKAN?

Permukaan serviks dikikis perlahan-lahan dengan kayu spatula, secebis kapas atau berus (seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah) dan kemudian diperiksa di bawah microskop.

Hasil ujian ini akan menunjukkan:
1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)

Remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas atau mereka yang telah mula melakukan aktiviti seks digalakkan untuk menjalankan ujian PAP.

MENGAPA IA SANGAT PENTING?

1. Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.

Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.

DI MANA DAN BILA UJIAN DILAKUKAN?
Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih. Anda sepatutnya melakukan ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.


Nota penting:
1. Lebih kurang 2 hari sebelum ujian PAP, anda mestilah mengelakkan daripada dusing (pancutan air yang dilakukan oleh doktor ke atas rahim wanita), atau menggunakan ubat-ubatan untuk faraj atau sabun spermisid, krim atau jeli (kecuali dinasihatkan oleh doktor).
2. Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian PAP.

Info kesihatan

PERANCANG KELUARGA

 
Proses ovulasi

Telur yang dikeluarkan ovari menjadi matang setiap bulan. Pada pertengahan kitaran tersebut, iaitu lebih kurang 14 hari selepas hari pertama haid datang, telur ini dilepaskan. Proses ini dinamakan ovulasi. Hormon yang bertanggung-jawab dalam proses ini ialah FSH, LH, estrogen dan progesteron. Telur ini akan melalui tiub Fallopian dan di sini ia akan disenyawakan dengan sperma lelaki.
Pada masa yang sama, berlaku dua perubahan :
bullet
Mukus di sekeliling serviks menjadi nipis dan cair. Ini memudahkan sperma memasuki rahim dan sampai ke telur
bullet
Lapisan rahim menjadi lebih tebal. Ini supaya ia dapat menerima dan menyuburkan telur yang disenyawakan.

Sekiranya persenyawaan berlaku, telur akan berkembang menjadi janin. Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, lapisan rahim yang tebal tersebut akan digugurkan. Proses inilah yang dinamakan haid atau datang bulan.

Pil perancang
Cara ini adalah yang paling mudah dan popular untuk merancang keluarga. Peratus kejayaannya bolehlah dikatakan 99%. Pil perancang mengandungi hormon sintetik yang menyerupai hormon-hormon yang dikeluarkan oleh badan :
bullet
Estrogen dan progestogen – seperti Nordette, Microgynon, Gynera, Marvelon, Minulet, Mercilon
bullet
Progestogen – jenama Noriday.

Jenis kedua (Noriday) kurang efektif tetapi sesuai untuk yang menyusukan anak. Ia sesuai juga untuk orang yang alahan dengan estrogen.
Kandungan hormon sintetik ini yang tinggi di dalam badan menyebabkan pengeluaran hormon FSH dan LH berkurangan. Akibatnya ovari tidak dirangsang dan telur tidak dikeluarkan. Oleh itu persenyawaan tidak boleh berlaku. Mukus di sekitar serviks pula menjadi pekat dan ini menyebabkann sperma sukar untuk memasuki rahim.
Bagaimanapun ada kesan-kesan sampingan pengambilan pil perancang :
bullet
Saluran darah tersumbat – lebih ketara kepada orang yang merokok dan mempunyai darah jenis A
bullet
Pening dan mual
bullet
Migraine
bullet
Muntah dan masalah-masalah perut
bullet
“Fluid retention” – cecair badan susah dibuang dari badan
bullet
Sakit kepala
bullet
Buah dada menjadi tegang
bullet
Tekanan (depression)
bullet
Tekanan darah naik
bullet
Turun atau naik berat badan

Selain daripada dapat mencegah kehamilan, pil perancang juga memberikan kesan-kesan baik yang lain :
bullet
Pengeluaran darah haid berkurangan – ini membantu mengawal anaemia (kurang darah)
bullet
Peredaran haid lebih teratur
bullet
Mengurangkan sakit semasa kedatangan haid
bullet
Mengurangkan risiko PID – Pelvic Inflammatory Disease
bullet
Mengurangkan masalah jerawat (terutamanya jenama Diane-35)
bullet
Mengurangkan risiko barah buah dada dan uterus
bullet
Mengurangkan risiko hamil luar rahim
bullet
Untuk yang berusia lanjut : hormon ini boleh melambatkan penuaan kulit, mengekalkan nafsu seks dan mengawal kekeringan vagina. Ia juga boleh mengawal pereputan tulang (osteoporosis)

Peringatan :
bullet
Ambil pada masa yang sama setiap hari
bullet
Ketahui apa yang perlu dibuat sekiranya terlupa mengambilnya, atau sekiranya kali pertama anda ingin mengambilnya
bullet
Sesetengah anti-biotik tidak boleh diambil bersama-sama kerana antibiotik tersebut akan mengurangkan keberkesanan hormon seperti estrogen, jadi akan ada risiko kehamilan
bullet
Jenis yang lebih baru seperti Minulet, Mercilon, Gynera dan Marvelon menyebabkan kurang kesan sampingan berbanding dengan yang lama
bullet
Sekiranya anda ada tekanan darah tinggi, kencing manis, migrain dan sawan anda tidak digalakkan mengambil pil perancang
bullet
Pil perancang tidak memberi perlindungan terhadap penyakit seperti AIDS
bullet
Merokok semasa mengambil pil perancang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.

 
Cara-cara lain perancang keluarga
1. Condom
2. Secara semulajadi
Anda boleh mengamalkan cara ini iaitu dengan melakukan hubungan kelamin semasa anda tidak subur sahaja. Bagaimanapun peratus kejayaannya hanyalah 70% hingga 80%. Anda boleh menentukan waktu subur anda dengan cara-cara berikut:
bullet
Kira waktu ovulasi (pengeluaran telur). Biasanya ia terjadi 14 hari selepas hari pertama haid
bullet
Mengambil suhu badan. Suhu badan anda, periksa waktu pagi, meningkat pada permulaan ovulasi
bullet
Melihat mukus faraj anda. Ia menjadi jernih dan nipis semasa ovulasi.

3. Diafragma dan Kep Servikal (Diaphragm and Surgical Cap)
Kaedah ini menghalang sperma memasuki serviks, jadi ia tidak akan bertemu dengan telur yang dikeluarkan.
4. Spermasid
Bahan ini membunuh sperma.
5. Alat Kontraseptif dalam Rahim (Intra-Uterine Device, IUD)
Terdapat dua jenis IUD. Satu mengandungi kuprum dan yang satu lagi melepaskan hormon wanita. Pemasangannya tidak begitu menyelesakan dan ada kemungkinan berlaku jangkitan inflamasi pelvis.
6. Ligasi Tiub (Tubal Ligation)
Tiub Fallopian ditutup atau diputuskan.
7. Vasektomi (Pemandulan lelaki)
Saluran yang menyalurkan sperma lelaki diputuskan atau ditutup.
8. Norplant
Satu set tiub kecil dipasang di dalam lengan, di bawah kulit. Ia melepaskan hormon yang mencegah telur menjadi matang. Kaedah ini tidak sesuai untuk semua wanita.

Monday, November 26, 2012

ceritaku tentang 9 & 10 muharram

Sunat berpuasa pada hari nie.. harus la aku berpuasa sebab aku dilahirkan pada  pada 9 muharram..  alhamdulllih.. kalu tak nama aku Siti Asyura.. kakak aku tak mau dia nak letak gak nama aku Norida.. pendek sungguh.. huhu..

dari cerita mak aku.. siang tu kampung aku buat bubur asyura (kanji) malam tu mak aku sakit terus bersalin.. satu lagi aku kan putih.. ada orang cakap putih macam bubur asyura (kanji).. perasaan sungguh.. hehe..

alhamdullillah.. aku dapat tunaikan puasa tapi puasa ganti dengan izin suamiku..

9 & 10 muharram - kongsi Ilmu

1 Muharam 
- Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam 
- Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. 


Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: 
"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): 
“Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa.
Lalu mereka berkata: 
Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. 
Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi:
"Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)
Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): 
"Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Peristiwa penting 10 Muharam :-
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. 
Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 

 2. Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. 
Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. 
Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. 
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. 
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. 
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. 
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. 
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. 
Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. 
Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." 
Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer"
Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. 
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. 
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Tuesday, November 20, 2012

Selamat Penganti Baru Hidayu & Halim

Hari nie kami sekeluarga pergi ke kenduri member pejabat ku hidayu..












Sunday, November 18, 2012

Peristiwa semasa 'percutian'

Peristiwa pertamaku..

Lepas balik kenduri su.. aku sakit perut.. asyik pergi tandas je.. tapi masih terkawal.. makan je mesti pergi tandas..

Besok ye masa turun makan tengahari.. dapur tengah 'cuci' lak.. jadi kami makan roti je.. aku ingat perut leh terima.. mula okey je.. masa pergi Berjaya aku macam tak de mood je.. sebab perut lapar.. jadi kami singgah makan nasi kukus ayam goreng berempah.. besar sungguh ayam tu.. aku makan banyak gak sebab lapar..

sampai hotel aku dah rasa lain macam.. masuk ke bilik.. lepak atas katil jap.. lepas tu muntah & muntah.. muntah.. malam tu lak wati ajak makan kat luar.. suamiku ajak gak pergi sebab nak jumpa sepupu dia.. dalam tak rela aku pun ikut gak..

masa kat kedai sekali lagi aku muntah.. dah la tak tau kat mana tandas.. jadi ye aku mujtah kat belakang kedai tu lepas tu baru lah mnasuk tandas.. huhu..

Lepas aku minum air eno halia.. makan sikit aku dah tak lalu makan.. aku cakap aku nak rehat dalam kereta je lah.. dalam perjalanan ke kereta aku muntah lagi.. ada ke patut aisyah leh ketawa terkedek.. suka ye ibu dah lembik asyik muntah je..

Balik hotel terus tidor.. anak suamiku uruskan.. besok sarapan makan bubur je.. huhu.. sedih dok hotel tapi kena  makan bubur.. sedih..

Peristiwa kedua.. 

Dalam perjalanan pulang ke Ipoh.. kami ikut jalan geting highlands.. Pening ye kepala aku.. turun geting sampai Tanjung Malim.. aku muntah lagi.. banyak kali gak muntah sampai habis isi perut aku yang tak seberapa tu.. huhu..

Lepas tu aku terus tidor gara-gara makan ubat.. Aisyah pun tidor gak.. alhamdullilah.. aku pelik gak kenapa tak sampai-sampai lagi highway Utara selatan..

rupa-rupa ye suamiku dah tak tau kami kat mana.. konon nak ikut shortcut.. tapi jadi long cut adalah.. dah nak dekat magrib kot.. rumah orang pun tak berapa nak ada.. yang banyak bangunan tak digunakan.. sungguh seram..

Akhir ye jumpa gak jalan ke highway... alhamdullilah.. yang pasti kami bukan ke arah UTARA  tapi ke SELATAN.. sepatutnya kami exit Tanjung Malim tapi  kami exit BUKIT BERUNTUNG..  Tanjung Malim lagi 25 km..

Apa pun yang terjadi.. alhamdullilah kami selamat sampai rumah dalam pukul 10 malam.. lepas tu aku muntah dan muntah lagi.. lepas makan ubat terus tidur sampai besok pagi.. nasib baik aisyah tak meragam..




Hari Terakhir di Kuantan

lepas makan tengahari kami pun bergerak pulang ke ipoh.. ikut plan suami kami lalu ikut Genting Highlands.. waa.. best ye maklum la aku tak pernah smp genting..






Sepanjang perjalanan ikut highway timur barat.. Ya Allah mengantuk ye.. aku & aisyah tido je.. dah r&r highway nie jauh-jauh..

Suamiku dah tahan bawa kereta.. dia sampai terlelap.. Bahaya ye.. sebab jalan ke? atau sebab kami makan kari (banyak kakas).. hanya Allah yang tau... setau aku jalan itu memang MISTERI sikit.. Ya Allah permudahkan perjalanan kami...

Punya la jauh perjalanan kami untuk sampai r&r.. sampai je r&r suamiku pun terus tidor siap berdengkur lagi.. jarang aku tengok suamiku mengantuk GILA masa bawa kereta..

Aku pun ambil kesempatan bagi aisyah makan.. dalam setengah jam aku pun kejuz suamiku.. lepas tu kami pergi solat..

Lepas solat kami pun sambung perjalanan.. masuk highway KARAK.. jalan ye bole tahan bengkang bengkong.. patut la banyak kemalangan kalu tak berhati-hati..

Kami pun mula mendaki untuk ke genting highlands.. singgah kejap untuk solat dan gambar yang seberapa banyak sebab aku dah pening kepala...

Turun genting untuk balik ke ipoh.. sampai ipoh dekat pukul 10.00 malam.. Alhamdullilah selamat sampai rumah...







lepak di Berjaya Megamall

Kat Kuantan nie kami tak tau nak pergi jalan-jalan... last-last kami lepak di Pasaraya Berjaya Megamall... kami letak kejap je sebab takde apa yang menarik...